IBU_AQIL_AQILA

Sunday, July 24, 2011

Hello...

happy Monday.....ho ho...telah menghabiskan hari-hari minggu dengan penuh kebahagiaan dan kecintaan....terima kasih YaAllah datas segalanya...moga kebahagian dan kecintaan ini hingga ke akhir hayat...Amin...

Wednesday, July 20, 2011

....Mawar Nafastari.....

....mmph baru je lepas menjenguk blog "Mawar Nafastari"....mmmmph cukup tersentuh dengan ketabahannya menjalani hidup tanpa suami dengan dua orang puteri yang masih kecil......sedih, simpati insaf.....tak terkata bila membaca post2 di blognya.....simpati kepada si kecil yang tidak mengerti erti kehilangan.....

aku tersentuh...betul-betul tersentuh.....teringatkan suami dan anak-anak.....Suami... selagi nyawa di kandung badan kan ku berjanji aku akan selalu sayang kamooo dan cinta kamoo sepenuh hatiku...sebab aku tahu sayang dan cintanya aku kepada kamu adalah tanda sayangku dan cintaku kepada yang Esa....

Tuhanku ku mohon padamu lindungilah kesayangan-kesayanganku ini sesungguhnya aku tahu hanya engkau yang maha Mengetahui segalanya...Amin......

Muffin oh muffin.....

ho ho happy Thursday uols.....MUFFIN....yup muffin...dah dua hari berturut duk belajar wat muffin coklat....excited duk buat muffin coz anak bujang i suka ngat makan muffin coklat.......dua hari lepas ibu buat muffin zaim kata mmmph rangup sangatla 'kek' ni ibu.....oh iyeke? mmmph memangpun....sebab coklat lebih banyak dari tepung.......semalam ibu buat lagi muffin coklat.....jeng...jeng....jeng.....excited nak dengar jawapan zaim....'mmph...lazatnya 'kek' ni ibu.....haha clap...clap...clap yeay.......dah boleh dikatakan ibu dah berjaya buat muffin hooreeeyyy!!

lebih kurang kul 4 pagi tadi zaim bangun tidur n cakap nak makan muffin...ish apa ni zaim pukul 4 pagi ni...ibu buat2 tak dengor jer.....skali lagi zaim merengek...ibu...ibu...zaim nak makan 'kek' yang ibu masak tadi.......cepatla ibu....huhu terpaksa jugak ibu bangun suapkan zaim muffin...tapi takpe la anak...most of my time di spent kan kat ofis so ibu tak de sgt masa nak masak untuk zaim...tp ibu cuba juga masak apa2 aje makanan yang anak2 ibu suka.....

Sunday, July 17, 2011

Allah Itu Senantiasa Menguji UmatNYA.....

TERKADANG KITA DIUJI DENGAN KESUSAHAN
KADANGKALA KITA DUJI DENGAN KEMEWAHAN
ADAKALANYA DIUJI DENGAN KESEDIHAN MAUPUN KESERONOKAN
SESEKALI KITA DIUJI DENGAN NAFSU AMARAH DAN TAHAP KESABARAN

Diri kita dijadikan Allah sebagai ujian. Diciptakan harta sebagai satu ujian. Sebagai hamba Allah kita sebenarnya adalah makhluk yang serba kekurangan dan sering terdedah melakukan kesalahan. Jadi kalau ada orang tegur kita bila kita buat silap, kita jangan tengok siapa yang menegur. Sebaliknya tengok apa yang ditegur.

Apa saja yang Allah bagi, ada hikmah disebaliknya. Allah tak bagi kita jadi jahat tapi kadang Allah bagi kita karenah orang lain untuk uji kita. Allah sedang mendidik kita dengan menduga kita melalui karenah orang lain yang diutuskan. Di sini terujilah tahap kesabaran dan tahap keimanan kita...

ADOPTED FROM PKASIH.BLOGSPOT.COM

Fighting is Caring....

"The couple that fights the most is the one most in love. It shows they care enough to notice the other one screwed up and care enough to mention it to the person so they can fix it. When you stop fitghting it means you stopped caring ~ anynomous ~

Thursday, July 14, 2011

Pisang Dan Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

"Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu" beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci...!

Kisah Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Snow White.